Ikuti Kami:

Baru 3 Episod Ditayangkan, ‘When The Camellia Blooms’ Dah Capai Rating Tinggi!

Baru 3 Episod Ditayangkan, ‘When The Camellia Blooms’ Dah Capai Rating Tinggi!

Siapa tak kenal dengan ‘ratu komedi romantik’ bagi drama Korea iaitu Gong Hyojin? Banyak betul drama best yang dilakonkan oleh ratu romantik komedi ini! Kesemua drama yang diterajui oleh Gong Hyojin tidak pernah mengecewakan penonton. Apabila drama itu mempunyai Gongvly sebagai heroin, rata-rata netizen akan menontonnya kerana percaya dengan pilihan drama wanita itu.

Terbaru, dia muncul dengan satu lagi drama baru bertajuk ‘When The Camellia Blooms’. Drama ini mengisahkan tentang Dong Baek (Gong Hyojin) yang memiliki sebuah bar dan dia sering menjadi punca prejudis orang di sekelilingnya. Kehidupannya mula berubah apabila dia dipertemukan dengan tiga lelaki yang mempunyai personaliti yang berbeza iaitu lelaki yang baik, lelaki yang jahat dan lelaki yang kasar.

when the camellia blooms rating tinggi

Terdapat dua watak lelaki utama yang merebut cinta Dong Baek iaitu Hwang Yongshik (Kang Haneul), merupakan seorang pegawai polis yang sangat mencintai wanita itu dan tidak malu untuk meluahkan perasaannya itu. Kang Jongryul (Kim Jisuk) pula merupakan seorang pemain besbol popular dan adalah cinta pertama Dong Baek. Tetapi dia sudah pun berkahwin dengan seorang selebriti media sosial dan mereka berdua telah muncul dalam rancangan hiburan ‘Daughter Fool’ bersama anak mereka.

Walaupun baru sahaja menayangkan tiga episod tetapi ratingnya sudah mencanak naik sehingga mencecah 10%. Bagi slot waktu tayangan itu, drama ‘When The Camellia Blooms’ telah menjuarai dengan jumlah penonton terbanyak, jauh meninggalkan drama ‘Secret Boutique’ dan ‘Rookie Historian Goo Hae Ryung’ di belakang.

when the camellia blooms gong hyojin kang haneul

Ini adalah rekod peribadi terbaik drama ini daripada yang minggu lepas iaitu 8.3%. Sejak ditayangkan, drama ini terus melonjak ke tempat teratas dalam slot tayangan itu dan kekal juara selepas 3 episod ditayangkan.

Betullah Gong Hyojin memang bertuah dalam pemilihan drama. Setiap drama lakonannya pasti menjadi sebutan penonton K-Drama. Bukan sahaja dia, lakonan hebat daripada Kang Haneul dan Kim Jisuk juga menarik perhatian penonton untuk terus melekat di depan televisyen.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...