Ikuti Kami:

Barisan Pelakon Hebat! Peminat Tak Sabar Nantikan Drama ‘Here’ Pada Tahun 2020!

Barisan Pelakon Hebat! Peminat Tak Sabar Nantikan Drama ‘Here’ Pada Tahun 2020!

Siapa yang dah bertahun-tahun ‘berkecimpung’ dalam kancah K-Drama ini pasti banyak mengenali pelakon-pelakon popular dari negara itu. Tak kisahlah pelakon veteran mahupun pelakon baru, lihat sahaja muka pasti kenal dan boleh sebut nama mereka. Tapi bayangkan kalau nama-nama besar dalam arena drama Korea berkumpul dalam satu naskhah, mesti menakjubkan!

Inilah yang bakal terjadi dalam sebuah drama yang digarap oleh penulis skrip drama terkenal iaitu Noh Heekyung. Antara drama terkenal yang pernah mendapat ‘sentuhan emas’ penulis ini ialah “Live,” “It’s Okay, That’s Love,” and “That Winter, The Wind Blows.” Hebatnya!

Penulis hebat itu satu hal, dengarlah pula barisan pelakon yang bakal mewarnai drama ini. Teraju utamanya ialah Lee Byunghun yang terkenal menerusi wataknya dalam drama “Mr. Sunshine” dan “Iris”. Pelakon lain ialah Han Jimin yang dikenali menerusi dramanya iaitu “Rooftop Prince”, “Jekyll, Hyde and Me” dan “One Spring Night”. Tak cukup dengan pelakon hebat itu, Shin Minah juga pun akan turut serta mengemudi drama ini. Wanita ini cukup terkenal dengan wataknya dalam drama seperti “My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox” dan “Oh My Venus”.

lee byunghun shin mina han jimin dalam drama here

Ditambah pula dengan pelakon lelaki muda iaitu Nam Joohyuk yang terkenal menerusi lakonannya dalam drama “Moon Lovers” dan “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo”. Pelakon lain yang bakal menyertai drama ini ialah Bae Sungwoo, seorang pelakon filem yang tersohor. Ini semua bukan khabar angin sahaja, mereka semua telah mengesahkan bakal membintangi drama terbaru ini!

nam joohyuk dan bae sungwoo berlakon dalam drama here

Kalau anda nak tahu, drama ini bertajuk “Here” dan menceritakan tentang sebuah pertubuhan badan bukan kerajaaan (NGO) antarabangsa dan sukarelawan yang bekerja di dalamnya. Walaupun peminat sudah tidak sabar menantikan karya hebat ini, tetapi informasi yang lebih mendalam mengenai projek ini telah dirahsiakan. Mungkin untuk meningkatkan lagi jangkaan orang ramai. “Here” juga dinyatakan mungkin akan memulakan penggambaran bermula pada awal tahun 2020.

Lambatnya nak tunggu tahun depan, mesti naskhah ini lain daripada yang lain sehingga ramai nama-nama besar yang mahu melibatkan diri dalam pembikinannya. Tapi sayang kerana dengar cerita, Jo Insung patutnya turut serta namun terpaksa melupakan hasratnya itu kerana terikat dengan hal kerja yang lain.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...