Ikuti Kami:

Banyak Kisah Kekasih Jun Somin Terdedah Di ‘Running Man’, Ramai Persoal ‘Hubungan Cinta’ Dengan Sechan

Banyak Kisah Kekasih Jun Somin Terdedah Di ‘Running Man’, Ramai Persoal ‘Hubungan Cinta’ Dengan Sechan

Episod “Running Man” baru-baru ini nyata menghiburkan apabila pihak produksi menyelitkan satu bahagian baru di mana penonton setia telah menghantar kisah mereka bersua muka dengan ahli program itu dalam apa jua situasi pun.

Paling menarik perhatian ialah apabila tiga daripada saksi Jun So-min mendedahkan kisah wanita itu dengan teman lelakinya. Wanita itu hanya mampu tertunduk malu apabila mendengarkan kisah tersebut.

Kisah pertama:

Pada musim sejuk tahun lepas, saya ternampak Jun So-min dengan seorang lelaki di sebuah kafe terletak di jalan Yongridan. Selalunya selebriti wanita akan menyarungkan topeng muka apabila bersama dengan lelaki tetapi Jun So-min mendedahkan mukanya walhal si lelaki pula yang menutup muka.

Walaubagaimanapun, Jun So-min menepis kisah tersebut dan mengatakan bahawa mungkin dia keluar dengan salah seorang kenalan lelakinya memandangkan dia berkawan baik dengan ramai lelaki.

teman lelaki jun somin

Kisah kedua:

Dua tahun yang lepas, saya terserempak dengan Jun So-min di jalan kecil di belakang sebuah apartmen bertempat di Yongsan. Meskipun memakai topi sehingga menutup mukanya tetapi saya mengenali pelakon tersebut kerana suaranya yang tidak asing lagi. Pun begitu, nada suara Jun So-min kedengaran serius seperti dia sedang bergaduh dengan teman lelakinya.

Belum pun sempat Song Ji-hyo membaca sampai habis pendedahan saksi tersebut, Jun So-min terus mengiakan kisah tersebut dan meminta kisah tersebut berhenti dibacakan. Walaubagaimanapun, ahli “Running Man” yang lain meneruskannya dek seronok mendengarkan kisah pelakon itu bersama teman lelakinya.

teman lelaki jun somin

Berbeza dengan suaranya yang selalu serius, nada Jun So-min comel semasa bergaduh manja dengan teman lelakinya. ‘Habis saya nak keluar dengan siapa? Saya mahu awak keluar dengan saya juga.’ Saya hanya mampu menahan ketawa semasa lalu melepasinya. Adakah awak masih bertemu dengan lelaki tersebut?

Tanpa berlengah, Jun So-min mengakui bahawa dia sudah pun berpisah dengan lelaki dalam kisah tersebut pada dua tahun lepas.

Kisah ketiga:

Haha yang membaca kisah ketiga mengenai Jun So-min dan teman lelakinya tidak menghabiskan kesemua kenyataan saksi tersebut dan hanya menyatakan bahawa wanita itu dating di satu pertunjukan muzikal dengan kekasihnya itu.

Jun So-min terus melompat bangun dan meluahkan kekecewaannya,

Saya bercinta dengan mereka secara senyap, macam mana semua orang boleh tahu?

teman lelaki jun somin

Selepas melihat episod tersebut, rata-rata penonton terus mempersoalkan hubungan cintanya dengan Yang Se-chan di dalam program popular tersebut. Lantas mereka mengatakan bahawa ‘jalinan cinta’ dalam rancangan televisyen tidak seharusnya diambil serius memandangkan Jun So-min yang tetap mempunyai teman lelaki meskipun sibuk ‘mengorat’ Se-chan saban episod.

Sememangnya di hadapan semua orang dengan Yang Se-chan, di belakang dengan lelaki lain.

 

Kita sepatutnya melayan mana-mana program hanya sebagai rancangan hiburan dan tak lebih daripada itu.

 

Popular sungguh So-min dengan lelaki.

Mana boleh serius bila tengok program hiburan ye tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...