Ikuti Kami:

Atas Permintaan Keluarga, Drama ‘Love With Flaws’ Diteruskan Tanpa Suntingan Babak Cha Inha

Atas Permintaan Keluarga, Drama ‘Love With Flaws’ Diteruskan Tanpa Suntingan Babak Cha Inha

Baru beberapa bulan berlalu, namun sudah ada tiga berita kematian yang menyelubungi dunia seni Korea. Bermula dengan pemergian Sulli dan diikuti oleh rakan baiknya iaitu Goo Hara. Tak lama selepas itu, pelakon baru Cha Inha turut dilaporkan telah ditemui mati di rumahnya. Siapa mampu menebak bahawa para selebriti ini akan pergi pada usia yang sangat muda.

Bagi semua yang tidak mengetahui, Cha Inha sering berlakon sebagai watak sampingan dalam beberapa drama popular. Antaranya ialah “Temperature Love”, “Wok Of Love”, “Clean With Passion For Now” dan “The Banker”. Sekarang ini, dia sebenarnya sedang sibuk dengan drama terbarunya iaitu “Love With Flaws” sebagai watak abang kepada watak lakonan Oh Yeonseo.

drama love with flaws diteruskan tanpa suntingan babak cha inha

Dengan ketiadaannya, ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah drama “Love With Flaws” bakal meneruskan tayangannya kerana ia masih baru lagi ke udara dan masih banyak lagi babak Cha Inha di dalamnya. Selepas mendiamkan diri, pihak produksi drama tersebut telah membuat kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.

“Ini adalah kenyataan rasmi mengenai tayangan drama siri mini ‘Love With Flaws’. Kesemua staf dan pelakon drama ini tidak dapat menyorokkan rasa hiba dengan pemergian Cha Inha. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang. Sepanjang penggambaran drama tersebut, Cha Inha bekerja lebih ghairah berbanding orang lain. Pihak kami akan sentiasa mengingati usaha pelakon itu yang sentiasa bekerja keras dengan kewujudannya yang ceria dan membantu menghasilkan suasana yang baik.

drama love with flaws diteruskan tanpa suntingan babak cha inha

“Bagi menghormati permintaan keluarga Cha Inha, tayangan drama ini akan diteruskan seperti biasa. Pihak produksi ‘Love With Flaws’ ingin mengumumkan bahawa drama ini akan meneruskan tayangan tanpa sebarang suntingan istimewa. Sekali lagi, semoga Cha Inha bersemadi dengan aman. Kami akan sentiasa mengingati pelakon tersebut yang telah bekerja keras untuk menghasilkan drama yang bagus.”

Kepada yang merindui Cha Inha, jangan lupa untuk menyaksikan naskhah terakhirnya sebagai seorang pelakon menerusi drama “Love With Flaws” di saluran MBC.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...