Ikuti Kami:

‘Along With The Gods 3’ Mula Penggambaran Tahun 2021, D.O EXO Kembali Sebagai Watak Utama!

‘Along With The Gods 3’ Mula Penggambaran Tahun 2021, D.O EXO Kembali Sebagai Watak Utama!

Francais filem ‘Along with the Gods’ bukan sahaja mendapat sambutan hebat daripada rakyat Korea bahkan diterima baik oleh peminat filem fantasi di Malaysia. Sudah pun menayangkan dua siri iaitu ‘Along with the Gods: The Two Worlds’ dan ‘Along with the Gods: The Last 49 days’, ramai peminat filem yang menantikan sirinya yang ketiga.

Berita baik untuk semua yang menantikan sambungan filem ini kerana pengarahnya sendiri iaitu Kim Yonghwa telah mendedahkan bahawa siri yang ketiga akan melalui penggambaran pada tahun 2021. Pengarah itu juga menambah yang mereka mungkin akan merakamkan siri yang keempat pada tahun yang sama. Seronoknya!

along with the gods

Seperti yang diketahui oleh peminat filem ‘Along with the Gods’, pada penghujung siri kedua filem ini, dapat dilihat watak Private Won mengakhiri filem itu dengan melangkah masuk ke dalam gerbang di mana bermulanya proses menghisab amalannya di dunia sebelum ditentukan sama ada masuk ke neraka atau pun syurga.

Menurut khabar angin yang berterbangan, D.O daripada kumpulan EXO yang memegang watak Private Won akan kembali untuk menerajui siri ketiga filem ini. Rata-rata peminat filem yang menonton ‘Along with the Gods’ tidak menyangka watak askar kemurungan itu dibawa oleh seorang idola K-Pop. Sebabnya, D.O berjaya menjiwai watak itu dengan bagus sekali sehingga ramai ingatkan dia adalah seorang pelatih yang berlatih untuk menjadi pelakon dan bukannya seorang penyanyi.

exo d.o along with the gods 3

Walaupun D.O sekarang sedang sibuk menjalani latihan khidmat ketenteraan, dia dijangkakan akan menamatkan latihannya itu pada tahun 2021. Ketika mengumumkan dia akan menyertai latihan khidmat ketenteraan, rata-rata netizen terkejut kerana usianya yang masih muda. Jadi selepas keluar khabar angin mengatakan bahawa ‘Along with the Gods 3’ bakal memulakan penggambaran pada 2021, ramai yang menebak sebab itulah D.O memasuki tentera awal supaya dia dapat menyertai penggambaran filem itu.

Tak sabar nak tengok sambungan filem ‘Along with the Gods’! Plotnya memang menarik dan membuatkan penonton tak senang duduk. Ada babak yang lawak, ada babak yang sedih, ada babak yang mendebarkan, pendek kata memang sempurnalah filem ini!

Sumber: Allkpop, Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...