Ikuti Kami:

Ahli Parlimen Usulkan ‘Akta Sulli’ Untuk Perangi Buli Siber

Ahli Parlimen Usulkan ‘Akta Sulli’ Untuk Perangi Buli Siber

Seperti yang kita ketahui, selebriti Korea popular iaitu Sulli telah pun pergi meninggalkan dunia ini pada awal minggu lepas. Gadis berusia 25 tahun itu ditemui mati di kediamannya di Seongnam dan ramai yang menebak bahawa dia telah mengambil nyawanya sendiri.

Sulli yang pada awal kemunculannya dalam dunia seni mendapat perhatian daripada ramai netizen kerana kecantikannya namun, mereka mula berpaling tadah selepas itu. Kesnya bermula apabila dia mengakui sedang bercinta dengan seorang ahli rap terkenal iaitu Choiza yang jauh lebih tua daripadanya. Akibat daripada sering menerima kritikan daripada netizen, Sulli bertindak meninggalkan kumpulan f(x) pada tahun 2014 sebelum kembali aktif secara solo pada tahun 2016. Namun begitu, personalitinya yang ‘terbuka’ dan sering melakukan sesuatu mengikut kehendaknya dan tidak mengikut norma sosial telah membuatkan ramai yang berterusan mengutuknya secara atas talian. Hal ini berlanjutan sehinggalah dia disahkan telah membunuh diri.

ahli parlimen cadangkan akta sulli untuk banteras buli siber

Menurut World Today, satu usul yang dipanggil ‘Akta Sulli’ telah pun dicadangkan oleh beberapa ahli parlimen bagi membanteras komen berunsur jahat. Laporan itu dikatakan telah diusulkan oleh 9 ahli Perhimpunan Kebangsaan, 100 organisasi termasuklah Solidariti Budaya Dan Kesenian Global, Gabungan Kesatuan Perdagangan Korea, dan Kesatuan Kakitangan Kerajaan serta 200 selebriti lain yang mempunyai pengalaman menerima komen berunsur jahat sebelum ini.

Usul itu akan dibentangkan secara rasmi pada hari ke-49 selepas pemergian Sulli iaitu pada awal bulan Disember ini di Dewan Peringatan di Perhimpunan Kebangsaan.

Undang-undang yang lebih ketat diperlukan bagi menghukum pesalah ini semua. Kebanyakan mereka berasa bahawa ia adalah selamat untuk meninggalkan komen penuh kebencian pada orang lain secara atas talian. Hal ini kerana mereka boleh menulis komen di bawah identiti lain ataupun secara ‘anonymous’.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...