Ikuti Kami:

‘A Piece Of Your Mind’ Labuh Tirai Dengan Rating Serendah 1.2%, Penonton Salahkan Plot & Pelakon Utama

‘A Piece Of Your Mind’ Labuh Tirai Dengan Rating Serendah 1.2%, Penonton Salahkan Plot & Pelakon Utama

Drama lakonan Chae Soo-bin dan Jung Hae-in iaitu “A Piece Of Your Mind” yang ke udara di bawah saluran tvN kini telah tamat selepas menerima respons negatif daripada penontotn sejak daripada awal tayangan lagi.

Kesudahan “A Piece Of Your Mind”

Atas permintaan Ji-soo, Seo-woo bersetuju untuk menyimpan peranti milik wanita itu meskipun tidak mahu berpisah dengannya lagi. Bagi mendapatkan kesudahan yang muktamad daripada cinta pertamanya, Ha-won merantau sehingga ke Norway bagi mencari kubur yang dihuni oleh Ji-soo dan terpaksa berpisah dengan Seo-woo walaupun cinta antara mereka baru sahaja berputik.

Penonton disajikan dengan adegan romantik yang menyejukkan hati apabila Ha-won pulang dan memeluk erat Seo-woo yang baru sahaja tersedar daripada tidurnya. Dengan penyatuan itu dan luka lama yang kian pulih, pasangan itu diharapkan bakal mengecapi bahagia sahaja pada masa hadapan.

episod akhir a piece of your mind

Rating teruk

Pada awalnya, drama ini sepatutnya ditayangkan sebanyak 16 episod tetapi mungkin kerana rating yang tidak memberangsangkan pada saban episod, pihak tvN membuat keputusan untuk memendekkan sahaja tayangannya kepada 12 episod sahaja.

Mencatatkan rating yang rendah semasa episod perdananya iaitu 2.4% namun ia kian menurun sehingga bergantung seperti nyawa-nyawa ikan dalam lingkungan 1% sahaja sehingga episod akhirnya. Drama ini mencipta rekod yang buruk dalam sejarah tvN selepas “About Time” turut menerima nasib yang sama pada tahun 2018.

episod akhir a piece of your mind

Mungkin sebab perkembangan plotnya yang lambat membuatkan penonton bosan selain penceritaan yang mengelirukan turut membuatkan ramai putus asa dengan “A Piece Of Your Mind” sejak daripada permulaan lagi.

Netizen salahkan pelakon utama

Saya tak tahu pun drama seperti ini sedang ditayangkan.

 

Populariti Jung Hae-in adalah seperti buih dan kini ianya sudah mula meletup.

 

Memang nampak seperti kegagalan.

 

Jung Hae-in selalunya dipandankan dengan pelakon wanita yang kuat seperti Han Ji-min dan Son Ye-jin…

 

Pasangan Kim Go-eun dan Lee Min-ho pun gagal, inikan pula padanan Jung Hae-in dan Chae Soo-bin…

 

Chae Soo-bin tak sesuai bawa watak utama lagi.

Mungkin ada lagi peluang lain supaya Chae Soo-bin dan Jung Hae-in boleh buktikan bakat mereka.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...