Ikuti Kami:

2,000 Peminat Kim Jae-hwan Kecewa, Fan-meeting Dibatal Saat Akhir

2,000 Peminat Kim Jae-hwan Kecewa, Fan-meeting Dibatal Saat Akhir

Kira-kira 2,000 peminat penyanyi Kpop, Kim Jae Hwan kecewa apabila majlis bertemu peminat dengan selebriti ini dibatalkan di saat-saat akhir oleh penganjur. Acara 2019 Kim Jae Hwan Fan Meeting Mind:D ini sepatutnya berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada jam 6 petang Sabtu lalu bertukar menjadi kecoh apabila para peminat hanya dimaklumkan tentang pembatalan itu kira-kira jam 6.40 petang. Sedikit kekecohan telah berlaku namun berjaya diredakan oleh pihak polis.\

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak mengeluarkan permit untuk acara itu. Menurut pihak penganjur pula, mereka telah cuba sedaya upaya memohon permit namun ia tidak diluluskan walaupun sehingga ke saat akhir. Berikut adalah kenyataan dari pihak penganjur:-

It is with deep regret that we are informing that the 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting [MIN:D] In Kuala Lumpur has been cancelled as we have been notified that the concert permit application for this event has not been approved.

We regret for this late notification as we were doing all that we could to procure the concert permit. However, our efforts were regrettably, unsuccessful. A full refund will be given to all fans

Sudah tentu pembatalan ini amat mengecewakan terutamanya para peminat Kim Jae Hwan yang telah terbang dari Korea Selatan, Indonesia dan Filipina untuk menyaksikan selebriti kesayangan mereka. Diharap pada masa hadapan pihak penganjur akan lebih peka dan berusaha lebih pantas dalam mendapatkan permit. Janganlah last minute baru nak selesaikan semuanya. Apa pendapat anda?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...