Ikuti Kami:

14,000 Tiket ‘Peninsula’ Sudah Ditempah Di Korea Sebelum 14 Hari Tayangan, Temui Penonton Malaysia 16 Julai Ini

14,000 Tiket ‘Peninsula’ Sudah Ditempah Di Korea Sebelum 14 Hari Tayangan, Temui Penonton Malaysia 16 Julai Ini

Nampaknya ramai yang dah tak sabar nak tonton sekuel kepada filem zombi popular “Train To Busan” iaitu “Peninsula”. Belum pun ditayangkan lagi, tetapi dikhabarkan sudah ramai yang dah teruja nak serbu panggung wayang bagi menonton naskhah lakonan Kang Dong-won dan Lee Jung-hyun itu.

Menurut Jawatankuasa Promosi Filem, filem “Peninsula” telah menerima sebanyak 14,000 tempahan meskipun bakal masuk panggung 14 hari lagi. Bahkan ia menduduki tangga kedua bagi jumlah tempahan tertinggi dan duduk di belakang filem “#ALIVE” yang sudah memasuki 8 hari tayangan.

peninsula terima sambutan hangat

“Peninsula” membawa kisah 4 tahun selepas kejadian serangan zombi dalam filem pertamanya, dunia kini telah hancur akibat penaklukan zombi. Kang Dong-won yang membawa watak Jeong Seok telah menerima tawaran yang menggiurkan lantas kembali semula ke Korea selepas 4 tahun membawa diri.

Sekembalinya dia ke tanah air, Jeong-seok dan beberapa orang lain yang terselamat (dilakonkan oleh Lee Jung-hyun, Kwon Hae-hyo, Kim Min-jae dan ramai lagi) perlu meneruskan kelangsungan hidup dalam kalangan zombi. Dengan makhluk itu yang sensitif terhadap cahaya dan bunyi, digabung pula dengan manusia yang telah hilang kemanusiaan.

peninsula terima sambutan hangat

Disebabkan oleh jangkaan tinggi yang ditetapkan oleh “Train To Busan” di mana filem itu berjaya menarik 10 juta penonton ke pawagam, ramai yang berharap agar “Peninsula” turut akan menyajikan ramuan yang sama hebat seperti filemnya yang pertama. Tak sabarnya!

Buat rakyat Malaysia, saksikan “Peninsula” di panggung berdekatan anda bermula 16 Julai ini. Jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...