Ikuti Kami:

10 Selebriti Korea Jadi Suspek Salah Guna Dadah Jenis Propofol Di Klinik Pembedahan Kosmetik

10 Selebriti Korea Jadi Suspek Salah Guna Dadah Jenis Propofol Di Klinik Pembedahan Kosmetik

Dunia industri hiburan Korea dikejutkan apabila beberapa selebriti ternama dikhabarkan telah menyalahgunakan dadah jenis propofol.

Menurut laporan SBS, lebih kurang 10 selebriti terkenal termasuk bintang filem popular A, usahawan kumpulan B, wakil agensi hiburan C, pereka fesyen popular D dan ramai lagi sedang dalam siasatan atas penggunaan propofol secara tidak sah dan bukan atas sebab perubatan di sebuah klinik pembedahan plastik sekitar Gangnam, Seoul.

selebriti korea guna propofolKementerian Makanan dan Keselamatan Ubatan (KFDA) telah meminta pihak pendakwaan menyiasat kes penggunaan melampau propofol di sebuah klinik sehingga membawa kepada kecurigaan. Pihak berkenaan telah menggeledah klinik tersebut pada hujung tahun lepas dan sedang menyiasat individu berkenaan.

Kakitangan perubatan di klinik tersebut turut mendedahkan kepada pihak pendakwa bahawa mereka mempunyai rekod perubatan yang menunjukkan penggunaan propofol oleh para selebriti tersebut di bawah nama sebenar mereka.

Siasatan masih dijalankan dan nantikan maklumat lanjut mengenai berita eksklusif ini.

Sumber: DailyNaver

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...