Ikuti Kami:

10 Episod Lejen ‘Running Man’ Boleh Ditonton Sepanjang Anda Berada Di Rumah!

10 Episod Lejen ‘Running Man’ Boleh Ditonton Sepanjang Anda Berada Di Rumah!

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia, sudah pasti ramai yang terping-pinga kerana terpaksa mengubah jadual harian untuk mengikuti arahan ini. Selalunya sibuk bekerja tetapi kini anda mempunyai banyak masa terluang dan berpeluang untuk marathon pelbagai drama Korea dan juga rancangan hiburan.

Disebabkan itu, admin dah sediakan senarai episod “Running Man” yang paling kelakar sepanjang hampir 10 tahun ia ditayangkan. Jadi bolehlah menonton kesemua episod ini bagi mengisi masa lapang anda semasa berada di rumah!

Berlari Bersama Penyanyi Hip Hop (EP 59)

Selalunya penyanyi rap di Korea terkenal kerana personaliti mereka yang ‘hip’ dan ‘cool’ tetapi menerusi episod ini, imej mereka hancur habis! Disertai oleh pasangan suami isteri Tiger JK dan Yoon Mirae dan juga penyanyi rap popular lain seperti Simon D dan juga Dynamic Duo, memang kelakar betul.

Running Man Ada ‘Superpower’ (EP 74)

Kesemua ahli “Running Man” dan penonton dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi adiwira menerusi episod yang hebat ini! Bayangkan setiap ahli mempunyai kuasa tersendiri yang membantu mereka untuk melawan antara satu sama lain. Ada kuasa yang berguna gila tapi ada juga kuasa yang meyusahkan diri sendiri. Antara episod rancangan ini yang diingati sampai sekarang!

Choi Jiwoo Dan Busan F4 (EP 127)

Telatah “Busan F4” berjaya membuatkan penonton berdekah ketawa! Disertai oleh idola seperti Jung Yonghwa, Jonghyun, Lee Gikwang dan penyanyi rap Simon D dengan pelakon cantik Choi Jiwoo, tak sangka kombinasi tetamu ini masuk habis dengan ahli “Running Man” yang lain. Tambahan pula, apabila Song Jihyo menjadi ketua kepada sekumpulan lelaki ini dan berjaya mengalahkan Kim Jongkook dalam salah satu misinya!

Perlawanan Antara Yang Kacak (EP 147)

Seronok melihat episod perlawanan di antara ahli “Running Man” dan tetamu undangan iaitu pelakon Kim Soohyun dan Lee Hyunwoo dalam perlumbaan olahraga. Banyak betul babak yang buat penonton pecah perut terutama sekali apabila mereka bermain ‘osom’ di kolam renang. Serius kelakar!

Adik- Beradik Hantu Bersama Jihyo Dan Suzy (EP 155)

Membawa tema ‘adik-beradik hantu’, kedua-dua Suzy dan Song Jihyo berusaha keras untuk menjalankan misi mereka dalam diam supaya dapat menyingkirkan kesemua ahli lelaki “Running Man”. Episod epik yang unik berjaya membuktikan bahawa wanita juga hebat!

Misi Tarik Tag Nama Dengan Gong Yoo (EP 175)

Seorang pelakon yang jarang ke rancangan hiburan tetapi Gong Yoo sanggup buang imej macho demi “Running Man”! Bukan sahaja lelaki ini, malahan ahli lain seperti Lee Kwangsoo dan Yoo Jaesuk ternyata membuatkan episod ini menjadi kelakar gila!

Running Man vs Pihak Produksi (EP 178)

Kalau anda perasan, hukuman yang dijalankan kepada ahli “Running Man” yang kalah adalah sangat menyeksakan. Tak kira pula, banyak misi yang melibatkan air dan juga lumpur. Disebabkan kesemua ahli membuat aduan beramai-ramai, pihak produksi telah mencipta satu episod perlawanan di antara ahli “Running Man” dan juga pihak produksi. Siapa kalah akan dikenakan hukuman yang berat!

Perlawanan Antara Idola Lama Dan Baru (EP 209)

Kombinasi antara idola lama dan idola baru di mana mereka berlawan untuk menentukan siapa yang terbaik. Telatah selamba daripada idola veteran ternyata membuatkan episod ini ‘extra’ menghiburkan dek pengalaman mereka yang lama dengan rancangan hiburan. Song Jihyo juga membuktikan kehebatannya sebagai ‘ace’ menerusi episod ini!

Pelakon Wanita Berwatak Jahat Buat Huru Hara (EP 213)

Disertai oleh beberapa pelakon wanita popular kerana watak jahat mereka, tak sangka mereka sangat berlainan dalam dunia sebenar. Sanggup malukan diri sendiri agar dapat memenangi sampaikan ahli “Running Man” yang lain pun terkejut sakan melihat aksi mereka.

Jangan Ketawa! (EP 473)

Episod ini diyakini sebagai episod paling lawak untuk tahun 2019 bagi rancangan “Running Man”. Beberapa misi kelakar telah disediakn oleh pihak produksi bagi memastikan setiap ahli menahan gelak supaya dapat menghabiskan misi dengan sempurna. Melihatkan ekspresi wajah terseksa mereka kerana tidak boleh ketawa nyata membuatkan penonton gelak pecah perut!

Apa lagi? Cepat tonton semula semua episod ini bagi menghiburkan hari-hari anda!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...